Pages

Sunday, June 10, 2012

Cuti Sakan


Assalamualaikum Readerz! Hai, selamat pagi dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah. Pukul 9:30 pagi tadi Iqmal dah selamat sampai ke rumah yang dirindui ini setelah lebih 1 minggu Iqmal tinggalkan rumah ... pergi cuti-cuti Malaysia lah Kak Joy-ah oii! ;) Ohh, bunyinya agak sedikit keterlaluan dan bongkak nampaknya. HEHEHE!

Okay, proceed! Sepanjang minggu kedua cuti sekolah ni, Iqmal berpeluang untuk melawat bumi Kuantan. Alhamdulillah! Ada juga rezeki nak bercuti ke sana. Lately, kalau sebut je 'KUANTAN', mesti orang akan terbayang 'GAMBANG Water Park'! HewHewHew~ Kat situlah (Kuantan) Iqmal pergi bercuti selama 3 hari 2 malam. In this event, I went there with my aunt, uncle, mom, cousin (Kimi) Yasmin & adik! Aboh tak dapat ikut meyh. Kerjaaa~

Rabu : 6 Jun 2012

Hurmmm... Where should we start huhOhhh! Sebelum sampai Gambang kelmarin, kitorang bertolak dari Raub dulu. Kira-kira, 3 jam jugak la dari Raub nak sampai ke Kuantan ni. Alahaiii! Panas punggung saya ketika itu doktor puan. After check-in hotel at Bukit Gambang Resort around 1 o'clock, we took a rest for a few minutes. Tengok-tengok bilik dulu, lanyak katil dulu, main suis lampu kejap, test bilik air dulu, main bukak tutup peti ais selama 3 minit dan bermacam-macam lagi kerja gila yang kitorang (budak-budak bawah umur 16 tahun) buat. Alhamdulillah! Bilik yang kitorang dapat tu selesa sangat.

*Gambar ciplak* Macam ni lah gaya bilik yang kitorang dapat.

Selepas puas menjelajah ke semua tempat dalam bilik yang kitorang tempah tu, kitorang pun pergi la makan tengah hari pulak. Mak aihh! Lapar kot. Nama kedai tu tak ingat la tapi, majoriti lauk-pauk kat kedai tu sememangnya berasaskan ayam. Hoyyy! Semangat sungguh Iqmal tengok ketulan-ketulan ayam tersebut. Meleleleleh air liuk chek hang tau! Dah la potongan ayamnya pun besar. Nasib baik takde potongan ayam Xtra Large. Kalau tak, dah lama Iqmal sebat... X3

Mak punya!
Mee Kari! It's mine~ ;)
Those are our drinks! Leiceyyy!
Lepas makan bagai, dalam pukul 2:30 petang, kitorang balik semula ke hotel untuk solat and have a short rest to restore our energy back. 3 jam kemudian, Iqmal sekeluarga & Kimi, pergi jalan-jalan sekitar hotel tu. Jalan punya jalan, kitorang sampai dekat satu arcade nih. Tempat tu macam ala-ala fun fair gituhh! Happening jugak la tempat tu walaupun dalam bangunan hotel.





Muka bahagia! ;P
Tepat 7:15 petang, kitorang bergerak untuk balik ke bilik semula. Sebelum balik tu, sempat posing dulu. Wallawehh! 

Senyuman yang meneran! Style~
WeeHoo! Abaikan muka saya ya. ^.^Y
Siap-siap untuk solat, bersihkan diri sikit-sikit, lepas tu, kitorang pergi kat fun fair ni balik. WeeHoo! Gila fun fair punya pasal. Inilah hasilnya. XP


Crazy Bus : Awesome!!! Rasa nak naik lagi lah.
Budak umur 6 tahun ke bawah, layak la naik benda ni dik! -_____-"

AMARAN!!! Benda ni sangatlah memeningkan kepala.
 Jangan naik jikalau anda mempunyai simptom  sakit otak yang serius!

Dzariff menunjukkan kecomelan beliau.
 Malangnya, Along lagi comel daripada kau adik!
Lihatlah ... 'vespa' saya! XP
That's the end of our journey at Hotel Bukit Gambang Resort! :)

Khamis : 7 Jun 2012

Pukul 6:30 pagi. *Tolong menyanyi* Bangun pagi, gosok gigi, pergi mandi ... suka hati! Solat Subuh, tarik selimut, lelapkan mata, tido semula. YAYYY!

HEHEHE! Lepas tidur pagi sekejap, Iqmal dengan family turun pergi ke 'dewan makan' untuk dapatkan breakfast  free! WeeHee! Free tu. Now, take a look at these photos

My plate :)

Nasi goreng + sosej ayam + kentang bakar

Pastries. Sausage roll. Loikkee!

Waffles with peanut butter + honey

Orange juice.

He only ate the pastries! Budak-budak kan? ;)

Lepas tu, dengan hati yang gembira lagi berbunga+berkumbang bagai, kitorang ... cuba teka kitorang nak pergi mana? ;) HEHEHE! Nak pergi water park laaa!!!


Kanak-kanak Ribena tersangatlah gumbiranya ...

Lebih-lebih lagi yang ini. ;D

Sampai dahhh!

Entrance to the pool.

Awesome! Tempat ni ... Seronok Seronok Seronok!


Kids corner!


Lama jugak la kitorang mandi kat situ. Dari 11:30 pagi sampai 3:30 petang. Fuhhh! 4 jam kot. Tu pun tak puas lagi rasanya. Ni gambar sebelum kitorang balik.




After that, kitorang pun kemas barang untuk balik ke hotel semula. Tapi, kali ni hotel lain pulak. Hotel kali ni kat tengah bandar. Namanya, Classic Hotel, Kuantan. Walaupun, hotel tu kat tengah bandar, tapi selesa tau. Oh myyy! Teringin nak stay kat situ lagi. Rasa heaven gila. We stayed there just for a night only because on the next day, we have to go back to Raub again.

Jumaat : 8 Jun 2012

It's time to go home bebeh! Lahaiii, tak seronoknyalah hati masa ni. Rasa nak bercuti je lagi. Well, apakan daya, sekolah dah dekat. Kena la buat persediaan rapi sikit. Baru la best nak pergi sekolah. Kat bawah ni ada la beberapa gambar kat Classic Hotel sebelum balik Raub semula.




Haihhh! This vacation is one of the most enjoyable moment that I've ever had before. Seronok sampai tak ingat dunia. Yang pasti, penat tu mesti la ada. Tu namanya pengorbanan kan? ;) Okaylah Readerz, nak kemas beg dulu. Assalamualaikum. :D

Friday, February 24, 2012

Tawaran Asrama?

Assalamualaikum Readerz!

Dah lama kan aku tak update blog. Sejak kebelakangan ni, aku agak sibuk dengan hal-hal sekolah. Kena stayback untuk tolong cikgu la, kena handle audition bahas la dan macam-macam lagi lah. Jadi, hari ni aku nak cerita pasal satu perkara. Satu perkara yang paling aku tak sangka akan berlaku dan sekarang ni ia telah membuatkan aku rasa sedih.! Y_Y

Aku rasa hari ni adalah hari kiamat dalam hidup aku. Nak tau kenapa? Aku dapat tawaran SBP untuk intake kedua. Oh myyy! Kenapalah semua benda ni harus terjadi? Kalau tak percaya, amek nih. Bukti konkrit siap!




HUHUHU! Mana satu nak pilih nih? SEMETRI atau SMSS? Hati sekarang ni lebih berat kat SEMETRI tapi dalam masa yang sama, aku ada jugak hati nak pi masuk SBP. ALAMAK!!! Apa nak buat nih?
Ya Allah! Bantulah hamba-Mu ini dalam membuat keputusan yang begitu+tersangatlah rumit ini Ya Allah. Tolonglah Ya Allah! Tolonglah hamba-Mu ini Ya Allah. Amin Amin, Yarabbal'alamin.

Kalau korang nak tau la, masa aku buat semakan tawaran SBP ni kat internet, aku dah berzikir yang aku ni tak akan dapat tawaran tu sebab PMR aku  just  7A1B je. Tak 8A pun! Zikir aku tu berbunyi macam ni, 'Tak dapat la nih. Tak dapat la nih!'. Aku rasa ada dekat 10 kali aku sebut ayat tu weyh. Last2, amekaw! Terpampang tawaran tu dekat depan skrin komputer. Secara langsung terpacul ayat ni, 'Apa pasal aku dapat tawaran pegi SBP nih? Kenapa aku mesti dapat?' Seriously, aku memang tercakap macam tu. HUHUHU!


Sekian, Assalamualaikum.

Monday, December 26, 2011

Warkah Buat Mereka

Assalamualaikum Readerz. Lama jugak aku tak post-kan apa-apa entry terbaru kan? HEHEHEHE! Well, orang sibuk bercuti la, tolong mak la dan bermacam-macam lagi hal besar yang perlu diuruskan. Haihhh, dah macam orang kerja pejabat dah rupanya.

Malam ni aku nak buatkan satu puisi buat kawan-kawan sekelas aku yang dirindui. HAHAHHA! Rindu ke? Rindu gila tahap dewa weyh. I swear that I really missed them damn much.! XOXO ~ Memandangkan tahun depan ramai di antara kami nak masuk asrama, jadi aku siapkanlah puisi ni cepat-cepat. Okay, puisi ni memang tak puitis, so, korang tak payah la nak gelakkan aku pulak pasal puisi tuh. Aku buat pun sebab aku rasa aku patut buat sesuatu yang boleh membuatkan orang lain faham apa yang aku rasa sekarang nih. Itu je matlamat aku sebenarnya. Jadi, inilah hasilnya.

Duhai kawan,
Seandainya suratan takdir sudah tertulis untuk kita berpisah,
Izinkan aku titipkan
kata-kata ampun dan maaf terhadapmu
duhai kawan,
Kerna aku manusia biasa
yang senantiasa dan acap kali melakukan kekhilafan
sama ada sengaja ataupun tidak.

Duhai kawan,
Ku rasakan baru semalam kita bertemu
buat kali pertamanya,
Dan aku rasakan baru sebentar tadi
kita bergurau senda,
Dan kini, kau seolah-olah lenyap
diliputi kabus-kabus sedih.

Duhai kawan,
Sudah begitu banyak kisah kita lalui bersama,
Saat kita bergurau senda,
Saat kita mentelaah bersama,
Saat kita berhadapan masalah nan cuka,
Tak kira pahit dan manis,
Kita tetap teguh mengharunginya bersama
walaupun keluhan, tangisan kita perlihatkan.

Duhai kawan,
Seandainya waktu boleh diputarkan kembali ke masa indah itu,
Ingin aku duduk dan menginap di sana,
Untuk menghayati semula kisah-kisah lama
yang bisa mengubat diri yang berduka lara.
Disitulah mimpi terindah,
Disitulah harapan terbina,
Dan disitulah memori tercipta.

Duhai kawan,
Tak bisaku kotakan harapanmu
untuk selalu disisi,
Walau apa terjadi, tak bisa aku membiarkan kau
resah, gelisah, tersiksa sebegini.
Biarlah aku pergi,
Redhakanlah pemergianku ini,
Kerana sememangnya sudah menjadi adat kehidupan
dimana ada pertemuan, pastinya ada perpisahan.

Duhai kawan,
Ingatlah pesan daku,
Jagalah maruahmu,
Jagalah hubunganmu sesama hamba-Nya
dan juga Maha Pencipta,
Ingatlah kawanmu ini,
yang pernah menghiasi hidupmu sebelum ini,
Dan janganlah kau sesekali membiarkan daku ini
hanyalah ruangan kosong, oh dimatamu kawan,
Kerna diriku ini masih bermakna.

Duhai kawan,
Kau lah teman terbaikku,
Sehinggakan aku telah pun hafal
setiap bahasa tubuhmu,
Yang bisa membuatkanku tertawa dan gembira
sepanjang masa kita bersama,
Mungkin dulu akan terus berlalu,
Tetapi memori, kan terus mekar dihati.



I'll miss those peeps when I'm far away from them.



Fuhhh! Puas aku dok memikirkan puisi nih. Walaupun enatah apa-apa je puisi ni, tapi bagi aku, puisi ni mempunyai maksud yang mendalam. Okaylah Readerz, goodnight and Assalamulaikum yah!


Yang benar: HILAL IQMAL :')

Wednesday, May 4, 2011

KumKum Di Dalam Kelas 3RK 2011.!

Assalamualaikum Iqmal'z Readerz.! :) Selamat malam buat Iqmal'z Buddiez.
Hahahahaha.!Tajuk entry kali sangat menyeronokkan bukan.Hehehehe.!Peristiwa yang menyeramkan ini telah menimpa sedahsyat-dahsyatnya ke atas Adibah,Farah & Iffah.Ceritanya bermula macam nih.Aku,Iffah,Wan,Adibah & Farah stayback kat sekolah petang tadi.Aku stay atas alasan yang aku sendiri pun tak dapat kenal pasti.Dorang berempat nih mungkin la nak study sama2 atau apa2 aje lah.Aku malas nak amek tahu.Mula2,macam biasalah,suasana normal menyelubungi waktu.Dan semua orang sedang bergelak ketawa dengan riang rianya kecuali aku.Aku dekat sekolah tadi memang busy gila membaca Antologi Anak Bumi Tercinta.Al-maklumlah,aku tak ada buku tu sebab buku teks tu dah habis dekat bilik SPBT mahupun di seluruh pustaka2 atau dimana-mana kedai2 buku di RAWANG.!So,bila aku dapat buku tu,aku dah jadi macam pepatah 'bagai kera dapat bunga' la jadinya.Satu demi satu muka surat aku dok belek dan aku membacanya dengan penuh khusyuk sekali.*Hehehehe.!Konon je aku nih. XP

Suspennya bermula apabila ada orang bukak pintu.Dorang fikir Chempaka yang nak masuk sebab sebelum pintu tu 'dibuka',Chempaka ada call dorang.Lepas tu,dorang2 nih pelawalah si 'Chempaka' tu masuk.Tak lama lepas tu,dorang tengok si 'Chempaka' ni tak masuk2 jugak.So,dorang pun mula la berfikir benda yang bukan2.Goshhhhhh.!Semua orang dah fikir hantu kecuali aku dan Wan.Then,aku pergi la ke arah pintu sebab dorang cakap macam ada bayang orang dekat tingkap.So,untuk mencari kepastian,aku pun dengan beraninya berjalanlah keluar ke muka pintu.TupTup,tengok2,tak ada siapa2 pun dekat luar.Aik?Pelik jugaklah kan.But at that time,I'm only think positive.Malas nak mengecohkan keadaan lagi.Kalau aku kecoh2 tadi,mesti si Adibah & Farah dah terjerit-jerit macam kena sampuk dan ala2 meracau macam orang kena rasuk.Time dorang jerit2 tuh,aku nampak Iffah,Adibah & Farah duduk rapat2.Fuishhhhh.!Takut bebenow dorang bertiga nih tapi aku perasan Wan sorang je yang masih chill dan relax.Hebat gilalah Wan.Untung bagi sesiapa yang dapat kahwin dengan dia sebab dia tak takut dengan benda2 paranormal.

Peristiwa pelik seterusnya pula adalah Farah & Adibah terdengar aku tengah azan.WTH?Tak ada maknanya aku nak pergi azan free2 dekat situlah.Dah la aku tengah mengantuk time tuh.Dengar korang punya pekikkan gelabah pun aku dah rasa macam nak gempa bumi jeh.Lepas tu,aku cakap la yang aku tak buat tapi dorang menafikan jugak.Dorang bermati-matian tuduh aku azan.Haizzzzz.!Pelik jugak nih.Mungkin si KumKum ni minat dekat Adibah dengan Farah kot.Sebab tu la dia sakat dorang berdua ni teruk2.

Itulah peristiwa sebenar yang telah pun berlaku kepada kami semua.Sungguh menyeramkan tetapi masih ada juga keseronokkan.Best gila tinggal dalam kelas berpuaka tahun nih.Berbagai-bagai pengalaman yang menarik aku dapat.Okaylah Readerz,aku nak study balik.Assalamualaikum. :)

Yang Benar:HILAL IQMAL :)
Bila kau jauh,
Aku selalu rindu,
Bila kau ada,
Hatikan berbunga...